Salam,
Terpanggil lagi saya untuk menulis di sini. Kali ini mengenai doa awal tahun dan akhir tahun. Beberapa golongan yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Wahab dan Pak Nau Salap, membidáhkan pulak amalan ini. Kononnya amalan ini tiada ditemui dalil2nya dan dihukumkan bidáh. Ada juga yang mengatakan ia sia2. Ada juga yang mengatakan ia sesat.
Maka mereka ini pun mengeluarkan dalil pembohongan kepada Allah, Nabi, Sahabat, Tabién dsb yang akan masuk neraka. Cukup hebat gesaan mereka menghalang orang daripada beribadat. Apatah lagi amalan2 yang diperakui dan digunapakai semenjak zaman berzaman oleh Ulamak tersohor bukan sahaja di Nusantara bahkan juga di seluruh dunia.
Dalam erti kata lain mereka bermaksud menghina para Ulamak tersebut kononnya mereka ini beramal dengan tiada dalil dan sandaran. Perbuatan beramal dengan doa awal tahun dan akhir tahun ini bidáh, sia-sia dan sesat semata2. Semoga Allah menghukum fitnah mereka ini.
Saya ada juga mengatakan bahawa hukum fekah ini berasaskan kaedah Usul Fekah dan harus dilihat pemakaian kaedah2nya dalam meletakkan hukum. Berdoa di hujung tahun dan di awal tahun ini bolehlah ditetapkan sebagai harus sekurang2nya secara Qiyas berdasarkan banyaknya dalil2 daripada Al-Quran, Al-Hadith dan Athar tentang berdoa dalam pelbagai keadaan, suasana dan keprluan. Namun, kata2 saya ini ibarat mencurah air ke daun keladi.
Malah ada yang mempersenda2kan kaedah Usul Fekah dan Saidina Umar RA kerana penetapan tahun hijrah. Sedangkan perkiraan qamariyyah ini (kiraan tahun mengikut bulan) sudah ada semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW lagi. Cuma ia tida digunapakai secara rasmi. Tahun Hijrah ini pula ditetapkan secara Ijmak pada zaman Saidina Umar RA dan diikuti tanpa ada penolakan sejak zaman berzaman selepas daripada itu.
Takrirnya Nabi SAW telah tidak melarang penggunaan perkiraan qamariyyah dan Saidina Umar RA pula adalah Amirul Mukminin, sahabat terhampir, Al-Khattab, Al-Faruq, dijamin syurga dan membuat ketetapan dengan disepakati sepenuhnya oleh para Sahabat yang lain.
Walaupun mereka diperingatkan bahawa jumhur Ulamak mengharuskan berdoa dengan doa ciptaan dan pada waktu2 tertentu seperti juga doa kemerdekaan yang dibuat dan dibaca Al-Marhum Sahibus Samahah Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Muhammad Said (Mantan Mufti Besar Negeri Sembilan yang pertama) mereka masih berdolak dalik dan kekal memfitnah doa awal tahun dan akhir tahun sebagai bidáh, sia-sia dan sesat.
Dalam saya bermufarakah dengan golongan Pak Wahab dan Pak Nau Salap ni, saya telah membuat kajian peribadi dan mendapati bahawa pernyataan2 mereka ternyata adalah fitnah dan dusta semata2. Saya terbaca dalam Kitab Tuhfatul Auton Wal Ikhwan karya tulisan Al-Marhum Sahibus Samahah Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Muhammad Said tadi bahawa amalan ini adalah benar amalan yang diambil daripada As-Salaf As-Solihin.
Menurutnya lagi, perkara ini telah diriwayatkan oleh Al-Allamah Ad-Dirobi di dalam kitab fawaidnya yang bersambung kepada Al-Allamah Jamaluddin cucu kepada Ibnu Al-Jawzi daripada As-Sheikh Umar "Ibnu Qudamah Al-Muqaddisi" (ada yang menyebut Al-Maqdasi) akan doa awal tahun dan akhir tahun ini daripada matan2nya sampailah kepada fadhilat2nya.
Justeru, saya menyeru sekelian yang masih belum pasti siapa golongan Pak Wahab dan Pak Nau Salap ni, berhati2 dengan setiap dakwaan bidáh yang dibuat kerana mereka ini jelas tidak senang dengan orang2 yang beramal ibadah tetapi lebih suka jika umat Islam ini menjauhi ibadah. Mereka memusuhi Ulamak tersohor yang ahli akhirat dan bersifat bermuka-muka. Sepatutnya, mereka yang terdiri daripada para cediakawan ini seharusnya membuat kajian yang lebih meluas dan mendalam sebelum membuat tuduhan palsu dan penyataan fitnah.
Jangan dihirau mereka yang tidak mahu beramal lagi memperlekeh2kan orang2 yang beramal ini. Teruskan beramal, berzikir dan berdoa pada setiap masa dan ketika, keadaan dan suasana, keperluan dan taqwim. Semoga Allah menempatkan kita semua di kalangan Al-Mustaqim yang Solihin yang diberikan nikmat kepada mereka selain Para Nabi, Siddiqin dan Syuhadak.
Allah Wa Rasuluhu A'lam.
Salam.
"Orang yang pintar itu beriman dan beramal manakala orang yang bodoh itu semata2 berangan2 dan berkhayal tentang Allah." Al-Hadith daripada Tarmizi, Nasai dan Ahmad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar